WELCOME TO MY BLOG

Saturday, January 23, 2010

News on IIUM SRC General Election 2009/2010 #1


Calon Pro-Aspirasi Kuasai Pilihan Raya UIA

PETALING JAYA: Calon-calon Pro-Aspirasi menguasai pilihan raya kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi pemilihan 2009/2010 semalam.


Di kampus Gombak, 13 calon kumpulan berkenaan menang berbanding tiga calon Pro-Mahasiswa.


Sementara di kampus Kuantan, kumpulan tersebut memenangi satu kerusi, Bebas (dua) manakala lapan lagi belum dapat ditentukan kedudukannya kerana masalah tertentu.


Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, tiga kuliyyah diisytiharkan menang tanpa bertanding.


Menurutnya, kuliyyah berkenaan ialah Kuliyyah Undang-Undang dan Kuliyyah Seni Bina di kampus Gombak manakala Kuliyyah Pergigian di Kuantan.


Katanya, ini bermakna secara keseluruhan, terdapat 18 kerusi dipertandingkan di kampus Gombak sementara di kampus Kuantan, 11 kerusi.


"Daripada 29 kerusi di kampus Gombak, 18 yang dipertandingkan. Yang lain menang tanpa bertanding.


"Ada empat kerusi pelajar-pelajar antarabangsa yang tidak dipertandingkan. Di Gombak, ada 10 kerusi daripada lima fakulti," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.


Sebanyak 6,938 pelajar atau 59 peratus mengundi daripada 11,760 yang layak bagi pilihan raya kali ini. Undi rosak pula sebanyak 115.


Sementara itu, Nik Ahmad berkata, lapan kerusi dipertandingkan di empat fakulti.


"Dua kerusi (Kuliyyah Pergigian) dan satu kerusi antarabangsa juga tidak dipertandingkan," ujarnya.


Mengulas mengenai kejayaan calon Pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus kali ini, Nik Ahmad Kamal berkata, pihak universiti tidak mengiktiraf kejayaan mana-mana gabungan kerana itu adalah persepsi para pelajar.


Jelas beliau, secara realiti, UIAM tidak mengiktiraf anggota gabungan mana-mana pihak kerana semua calon yang bertanding dilihat memperjuangkan kebajikan para pelajar.


SUMBER


p/s: This is my comment:


1. Some of the fact in the news are NOT TRUE.


2. Students in Kuantan are matured enough to acknowledge how to choose their leaders by voting the most caliber and suitable candidates to be their representative.


3. Labelling is outsiders works that may have hidden agenda to disrupt the peaceful and harmony life among the IIUM Kuantan student.


4. As far as I concern, nobody may interfere in our campus election. Election Commision has reminded the candidates and we are abide by to that rules.


5. IIUM Kuantan SRC General Election 2009/2010 has come out with what I can say as "New Campus Political Model" that are very clean, free and fair election. The political foes are befriend before and after election and no group sentiment are being played during the canvassing period.


6. This new model is inline with Islamic principle and democratic right.


7. Thus, the paragraph in the news that said, "Sementara di kampus Kuantan, kumpulan tersebut memenangi satu kerusi, Bebas (dua) manakala lapan lagi belum dapat ditentukan kedudukannya kerana masalah tertentu." are wrong and I request that the online newspaper are wholeheartedly withdraw this news from their website.


8. We fight for student aspiration, we strive for student welfare, we demand for free and fair election. No labelling, no sentiments, no hidden agenda.


9. Allah SWT said the Holy Qur'an Surah Al-Hujurat verse 6:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ


"O ye who believe! If a wicked person comes to you with any news, ascertain the truth, lest ye harm people unwittingly, and afterwards become full of repentance for what ye have done."

(Text Copied from DivineIslam's Qur'an Viewer software v2.910)


10. Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return. Wallahua'lam.


Muhammad Aklil bin Ayob

Students Representative Council 2009/2010

Kulliyyah of Science Constituency

23/01/2010 Kuantan, Pahang

6 comments:

  1. media memang suka buat cerita rekaan...huhu.good luck to the new line-up SRC.

    ReplyDelete
  2. mensensasikan berita..
    melariskan paper..
    itulah nilai dan harga..
    sebuah cerita media massa..

    i won't care much bout them..hope this new line up wud work hard.. =)

    bring student aspiration twd unity!

    ReplyDelete
  3. @ sahibul afzan bt wahab: media dan etika?...syukran atas doa

    @ zaiton zakaria: begitulah dunia...

    ReplyDelete
  4. harap uia wat paper sendiri hehe

    ReplyDelete
  5. @ kasturi syurga: surat khabar uia ada rasanya tapi untuk sesiapa yg "AHLI" sahaja....(maksudnya: limited!)

    ReplyDelete
  6. mcm tu, nk jd "AHLI" gak la...cz nk dptkn paper tu...

    ReplyDelete